




Selamat datang ke dunia Asia Herbal Biotech, sebuah syarikat perdagangan elektronik (e-commerce) antarabangsa berkonsepkan Pemasaran Bertingkat (MLM) dengan matlamat utama untuk menakluk dunia, selangkah demi selangkah, dalam bidang yang mengkhusus terhadap kehidupan sihat. Di Asia Herbal Biotech, kami menawarkan pilihan terbaik bagi mempertingkatkan kehidupan dengan membantu dan membimbing insan menyelaraskan rutin harian untuk membolehkan mereka menikmati gaya hidup yang lebih baik, lebih sihat dan lebih seimbang.
Perkembangan Asia Herbal Biotech dipacu oleh wawasannya untuk terus bekerjasama melahirkan usahawan bersemangat tinggi yang berjaya, serta mendorong mereka menempa pencapaian yang lebih cemerlang dengan menerokai kemungkinan melangkaui sempadan. “Kami berani bermimpi, kami sudi berkongsi”.
Selain menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat dan lebih baik di seluruh dunia, Asia Herbal Biotech akan terus membesarkan empayar dan memperkukuhkan peranan kami sebagai pemain utama dalam industri e-perdagangan di seluruh dunia. Bagi merealisasikan wawasan kami untuk menjadi syarikat MLM global, Asia Herbal Biotech dilengkapkan dengan konsep pengurusan terkini dan komprehensif yang disesuaikan khusus bagi menyokong usahawan kami membuat perancangan strategik untuk menjayakan perniagaan MLM mereka di peringkat domestik dan juga antarabangsa.
Di Asia Herbal Biotech, kami bekerja berpandukan teras budaya kami iaitu 5 "I" - Integriti, Informasi, Inisiatif, Inovasi dan Interaktif.
Kami hanya menawarkan produk berkualiti tinggi pada harga berpatutan. Produk-produk nutrisi bioteknologi kami dihasilkan melalui kaedah tercanggih dengan aplikasi formula terkini yang asli dan selamat bagi menguatkan tubuh serta mengembalikan tenaga, keseimbangan dan kesihatan dengan berkesan.
Kami percaya bahawa setiap halangan adalah peluang untuk mencipta keajaiban. Marilah bersama-sama kami berganding bahu menyebarkan manfaat gaya hidup yang lebih sihat dan lebih baik di seluruh dunia.
"We Love. We Care. We Share"



Website ini adalah web support AHB Lamborghini Club Pekanbaru sebagai member resmi ASIA HERBAL BIOTECH Sdn Bhd
Tidak berlaku klaim apapun kepada pengelola website ini. Website Resmi Perusahaan: www.ahb2u.com
@ AHB Lamborghini Club Pekanbaru
copyright © 2014 DESIGN BY A-WIN SOLUTION






